Dalam post sebelum ini, kita dah bincang kenapa penting ada website sendiri, beza domain dan hosting, dan kelebihannya. Sekarang, kita masuk ke fasa tindakan.
Ramai yang fikir buat website ni rumit, kena pandai coding atau design. Sebenarnya tak pon. Dengan tools sekarang, sesiapa pun boleh mula.
Langkah 1: Pilih Domain
Domain adalah alamat website anda. Tip memilih domain:
- Pendek & mudah diingat (contoh:
www.aisyahcafe.comlebih mudah daripadawww.kedaikopisedapsangat.com.my) - Guna nama brand atau niche – kalau brand anda dah ada nama, guna nama tu. Kalau belum, pilih ikut niche (contoh:
www.keklapisviral.com). - Elakkan simbol pelik atau nombor yang susah dihafal.
💡 Tip Tambahan: Domain .com lebih mudah diingat, tapi kalau sasaran pelanggan di Malaysia, .com.my juga nampak profesional.
Langkah 2: Pilih Hosting
Hosting ialah tempat semua fail website anda disimpan.
- Cari hosting yang laju, stabil, dan support 24 jam.
- Pastikan ada SSL percuma (penting untuk keselamatan dan ranking Google).
- Pilih hosting yang sesuai dengan bajet, tapi jangan terlalu murah sampai mengorbankan kualiti.
💡 Cadangan saya: Boleh try guna NetKL atau YeahHost
Langkah 3: Tentukan Platform Website
Ada banyak platform, tapi untuk pemula, saya cadangkan:
- WordPress → paling fleksibel, banyak tutorial percuma.
- Shopify → sesuai kalau fokus e-commerce.
- Wix / Squarespace → mudah drag & drop, tapi lebih terhad.
Jika anda nak bebas kawal semua aspek dan kos jangka panjang lebih rendah, WordPress adalah pilihan terbaik.
Langkah 4: Design & Susun Kandungan
- Guna theme yang responsif (nampak cantik di telefon & laptop).
- Sediakan halaman penting:
- Home
- Tentang Kami / About
- Produk/Servis
- Blog / Artikel
- Hubungi Kami
- Guna gambar berkualiti tinggi & elakkan teks terlalu padat di satu tempat.
Langkah 5: Isi Website dengan Kandungan Bernilai
Google & pelanggan suka website yang aktif.
- Tulis blog post yang relevan dengan bidang anda.
- Kongsi tips, cerita kejayaan pelanggan, atau berita terkini.
- Masukkan Call-To-Action (CTA) pada setiap post – contoh: “Klik sini untuk dapatkan eBook percuma” atau “Tempah sekarang”.
Langkah 6: Promosikan Website Anda
Website siap bukan bermakna orang automatik jumpa anda.
- Share link website di media sosial.
- Letak link di bio Instagram/TikTok/Facebook Page.
- Gunakan email marketing untuk hantar update kepada pelanggan.
🎯 Kesimpulan:
Buat website tidak lagi sesukar dulu. Dengan langkah yang betul, anda boleh ada website profesional dalam masa 1–2 hari saja, walaupun tiada pengalaman teknikal.
💡 Tip Bonus: Kalau anda nak saya tunjukkan cara setup domain, hosting, dan WordPress step-by-step dalam video, klik di sini untuk dapatkan panduan penuh.